Statement

PKR siasat peratus tinggi mengundi di Sabah

On 14 Nov 2010 | 0 Comments

PKR sedang menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu, di beberapa cabang di Sabah, kata timbalan penger

Zaid : Withdrawal from Deputy President contest

On 08 Nov 2010 | 0 Comments

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in th

Penyokong UMNO tumbuk pegawai Kerajaan

On 21 Oct 2010 | 0 Comments

Rabu, Oktober 20, 2010 Haji Anuar Hashim, Pegawai Perhubungan di Pejabat Ketua Menteri berkata sikap penyokong UMNO yang menyerang

News

Video seks: Kami tiada pilihan melainkan lawan, kata Anwar

On 17 Nov 2011 | 0 Comments

KUALA LUMPUR, 16 Nov ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonk

Keputusan pemilihan PKR hari ketiga

On 02 Nov 2010 | 0 Comments

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan M

Pemilihan 2010 PKR : PARTI KEADILAN RAKYAT

On 16 Oct 2010 | 0 Comments

PENERIMAAN PENCALONAN YANG TELAH DISERAHKAN OLEH CALON-­CALON (TIDAK RASMI) SEHINGGA TAMAT PROSES PENERIMAAN PENCALONAN PADA JAM 6:00PM 16 OKTOBER 2010 PRESI

Social

Political Freedom and Liberal Democracy in the Islamic World

On 15 Oct 2010 | 0 Comments

Speech by Anwar Ibrahim,  Parliamentary Opposition Leader of Malaysia at the German Council on Foreign Relations (DGAP), Berlin, 30th September 2010

Warga Emas tolak fitnah umno

On 13 Oct 2010 | 0 Comments

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta memi

Penang Coastal Cleanup Program

On 12 Oct 2010 | 0 Comments

BUTTERWORTH: Used condoms, underwear and sarong were among the 2,362kg of rubbish collected during the state’s first massive beach clean-up in Seberang Prai

Oportunity

Income from your web site

On 17 Nov 2011 | 1 Comments

GET REVENUE FROM YOUR WEBPAGETurn your valuable web site traffic into cash. Work online and join our free money making affiliate program. We offer the most pa

Goat Milk Fact

On 04 Jul 2010 | 0 Comments

Interested in goat milk? Read some basics about goat milk's digestiblity and nutritional value to see if it's for you. By Carol Ekarius Not so very long ago

HOME BASE BUSINESS REVOLUTION

On 28 Jun 2010 | 0 Comments

Gunakan link ini untuk mendaftar: http://www.longd2u.com/?ref=mykaya PENDAFTARAN PERCUMA. Sistem akan SMS kata laluan. TERBARU!!! Produk HALAL, TERKINI, ber

Other Recent Articles

Income from your web site

On 17 Nov 2011 | 1 Comments

GET REVENUE FROM YOUR WEBPAGETurn your valuable web site traffic into cash. Work online and join our free money making affiliate program. We offer the most pa

Video seks: Kami tiada pilihan melainkan lawan, kata Anwar

On 17 Nov 2011 | 0 Comments

KUALA LUMPUR, 16 Nov ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonk

Under Age Sex Behavior Changed?

On 26 Apr 2011 | 0 Comments

INILAH.COM, Jakarta - Sex is a topic that is always 'warm' for discussion. So is the behavior. Many myths tell of sexual behavior change with age. Really? Sexu

Malaysiakini

Error loading feed.

Jangan berpeluk tubuh

By Admin on Sunday, July 4, 2010 with 0 comments

Maka kita tidak perlu bertindak atau berbuat sesuatu untuk membantu polis dalam menjalankan tugas-tugas membanteras jenayah. Malah menganggap polis menjaga keselamatan kita dalam waktu tidur ataupun jaga. Memang benarlah semua itu kerja polis.


Tetapi masyarakat juga ada tanggungjawab yang tidak kurang besarnya untuk membantu pasukan polis. Bagaimanapun persepsi bahawa banteras jenayah kerja polis ini akhirnya membentuk satu sikap tidak endah orang awam terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini ditambah pula dengan sosialisasi kehidupan bandar yang agak individualistik.

Pada masa yang sama pula ada sesetengah ibu bapa pula kelihatan sangat liberal tentang sosial. Sikap begini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah terutama remaja.

Hakikatnya membanteras jenayah adalah tugas dan tanggungjawab bersama antara polis dan anggota masyarakat.

Polis memang dipertanggungjawabkan membanteras jenayah, masyarakat pula harus mempunyai sikap membantu polis. Pertanyaan sinis yang dilontarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari,

“Di mana peranan ibu bapa, di mana peranan masyarakat,’’ bukan perkara kecil tentang sikap masyarakat terhadap jenayah. Pertanyaan ini menuntut kita melihat secara jujur apakah masyarakat telah lakukan tanggungjawab mereka atau sekadar melihat saja tanpa mempedulikan apa-apa.

Polis selalu dituding jari kalaupun tidak dipersalahkan apabila meningkatnya kadar kejadian jenayah pada satu-satu masa. Polis menjadi tempat untuk masyarakat menuding jari mencari kelemahan.

Polis pula menelan semua itu dengan penuh hemah. Sedangkan anggota masyarakat sendiri terlupa bahawa mereka juga bertanggungjawab apabila kadar jenayah meningkat.

Peranan ibu bapa, persatuan-persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan individu tetap penting untuk membendung kejadian jenayah. Polis hanya pihak berkuasa, tetapi masyarakat pula adalah pembentuk nilai yang baik.

Sekiranya masyarakat menjalankan tanggungjawabnya, sudah tentu ini menyumbang kepada penurunan angka-angka kejadian jenayah. Kita kena berlaku adil kepada polis dan melihat secara menyeluruh tugas mereka yang menuntut kerjasama daripada masyarakat. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke- 4 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendedahkan remaja yang terlibat dalam salah laku sosial adalah daripada keluarga yang bersikap sederhana dan liberal.

Sikap sederhana atau sedikit liberal adalah baik. Tetapi perlu ada batas-batas tertentu untuk memastikan keterbukaan itu tidak disalahgunakan oleh remaja.

Hal inilah yang boleh membantu polis menangani masalah jenayah. Statistik kajian itu menunjukkan hanya empat daripada 12 peratus remaja menganggap ibu bapa mereka berfikiran konservatif. Sikap liberal dan sederhana ibu bapa boleh menyumbang kesan yang positif, pada masa yang sama boleh jadi ada kesan negatif kepada remaja.

Daripada kajian ini kita boleh melihat bahawa tanggungjawab anggota masyarakat tetap besar untuk membendung jenayah khususnya remaja.


Mengikut statistik polis pula, kes jenayah kekerasan yang dilaporkan ialah 21,604 (2000), 20,390 (2001), 20,834 (2002), 22,790 (2003), 21,859 (2004) dan 22,133 (2005). Sementara kes jenayah kekerasan pada tiga bulan pertama tahun ini ialah 12,210.

Antara definisi jenayah kekerasan ialah meliputi bunuh, cubaan membunuh, samun berkawan bersenjata api, samun tanpa senjata api, rogol dan mencederakan manusia.


Polis telah memperlihatkan kecekapan untuk menyelesaikan kes-kes yang dilaporkan. Misalnya 13,032 daripada 22,133 kes jenayah kekerasan tahun lalu dapat diselesaikan. Pada tahun-tahun tertentu angka-angka kes jenayah kekerasan meningkat.

Tetapi kita jangan lupa bahawa ini disebabkan oleh peningkatan kes yang dilaporkan kepada polis. Ini berlaku kerana kesedaran yang semakin meningkat untuk membuat laporan kepada polis. Ini juga satu kejayaan polis meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membuat laporan.

Menurut Fauzi, pada empat bulan pertama tahun ini, kadar kes jenayah kekerasan telah meningkat antara 11 hingga 13 peratus khususnya melibatkan rompakan dan rogol.


Bagaimanapun kadar penyelesaian kes jenayah berat secara keseluruhannya mencapai lebih 50 peratus. Semua ini menunjukkan polis telah menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan cemerlang.

Tetapi mengharapkan polis saja tentulah tidak adil kerana jenayah adalah penyakit sosial yang berlaku dalam masyarakat. Jadi, mahu tidak mahu masyarakat tetap mempunyai peranan membanteras atau mengurangkan angka-angka kes jenayah.

Salah satu pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah sosialisasi kehidupan terutama di bandar-bandar besar. Kalau dilihat kehidupan di bandar-bandar terutama kawasan elit, tahap individualistik begitu tinggi. Ini dengan sendirinya mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan kemasyarakatan.

Tahap mengambil tahu antara satu dengan lain berada pada tahap yang rendah. Suatu masa dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan. Tujuan Rukun Tetangga ialah membina keprihatinan dalam kalangan masyarakat setempat terhadap kawasan mereka.

Tetapi kini Rukun Tetangga sudah hampir pupus. Banyak taman-taman perumahan di Kuala Lumpur misalnya sudah tidak ada Rukun Tetangga. Pada hal ini adalah satu mekanisme untuk meningkatkan keakraban seterusnya ambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran masyarakat. Pepatah Melayu ada menyebut, “Jangan menjaga tepi kain orang.

’’ Dalam konteks tertentu, maksud pepatah ini memang wajar. Tetapi tidak boleh dalam semua keadaan kita tidak boleh mengambil tahu hal orang lain. Maknanya kesedaran tentang tanggungjawab mesti dipertingkatkan. Persatuan-persatuan penduduk perlu bertindak membentuk anggota masyarakat yang berpekerti tinggi.

Pada masa yang sama mereka juga menjadi mata dan telinga polis untuk melaporkan segala kegiatan jenayah yang barangkali terlepas daripada pandangan polis. “Adakah kita hanya mahu memeluk tubuh saja apabila senario ini berlaku, polis boleh menyiasat dan menangkap tetapi ibu bapa, orang kampung, Rukun Tetangga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pun kena bersama-sama polis,’’ demikian kata Fauzi baru-baru ini.

Masyarakat kena menjawab pertanyaan Fauzi dengan memperlihatkan prihatin yang lebih tinggi terhadap masyarakat setempat. Ini kerana menjadi anggota masyarakat yang baik bukan saja tidak mengganggu orang sebaliknya kena “menjaga tepi kain orang.

Category: Feature , social

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment